lyana_nana04
6 tahun
Sakit perut di bahagian sebelah kiri
Saya berusia 20’an sakit nya sperti terasa biji di bawah bahagian dada sebelah kiri. Apabila saya duduk terasa seperti ditarik tarik di bahagian itu.kadang kadang juga ada rasa sakit secara tiba tiba di sebelah pusat bahagian kiri.apakah itu doctor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut disebelah kiri boleh disebabkan:
- Keracunan makanan
- Jangkitan kuman dalam usus
- Radang apendiks - boleh juga menyebabkan kesakitan disebelah kiri dalam sesetengah kes
- Jangkitan saluran air kencing dan buah pinggang
- Jika perempuan - masalah ovari seperti kista (cyst) dalam ovari, ovari terbelit
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.






























