
Sulit
3 tahun
Sakit perut di bawah tulang rusuk sebelah kanan hingga ke belakang badan
Says waniya berusia 30 tahun sy mengalami sakit perut di bawah tulang rusuk sebelah kanan hingga ke belakang badan iya menyebabkan sy rasa terlalu amat sakit apakah penyebabnya dan apakah penyakit yng sy alami skrg tidal merbahaya terhadap sy Dan sy tidak boleh berkerja

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Kami faham masalah yang anda hadapi ketika ini iaitu sakit perut hingga ke tulang belakang. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk penegtahuan anda, lazimnya, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Pergerakan peristalsis usus dan keperluan untuk membuang air besar
- Ketegangan otot abdomen
Namun, ia juga boleh disebabkan masalah kesihatan yang lebih serius sehingga memerlukan pemerhatian doktor dengan segera , termasuk:
- penyakit keradangan perut ( gastritis )
- Asid refluks (GERD)
- keradangan usus
- Batu karang buah pinggang
- Radang pankreas (pancreatitis)
Oleh itu, anda amat dinasihatkan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.