
Sulit
4 tahun
Sakit perut di belah kanan
saya perempuan umur 22 tahun. belum berkahwin & masih lagi seorang pelajar. saya sering sakit perut di belah kanan. adakah itu appendik? pernah masa ramadhan tahun rasa sakit sangat & lepastu dah hilang. but sekarang sakit itu datang semula. saya malu nak bagithau dekat family

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit perut bahagian kanan. Bahagian perut pada sebelah kanan terdiri daripada beberapa organ seperti :
- Hati
- Hempedu
- Sebahagian daripada pankreas
- Duodenum dan sebahagian usus besar dan kecil anda (seperti appendiks)
- Buah pinggang kanan (di belakang belakang organ lain)
Kesakitan juga boleh berpunca daripada kulit dan saraf yang terdapat pada bahagian perut di kawasan tersebut.
Berkenaan keterangan anda, saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan fizikal dan rawatan yang tepat. Kesakitan perut yang anda alami boleh menjejaskan aktiviti seharian anda.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih