
Sulit
4 tahun
Sakit perut di sebelah kanan perut
Saya ada masalah sembelit tapi kalini perut saya sakit ya amat Di sebelah kanan perut Dan sekarang saya kerap buang air kecil setiap 2 min, setiap kali buang air Kecil perut saya making sakit dan tempat membuang rasa sakit. Harini saya dah pegi klinik tak membantu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit perut. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya:
- Sembelit
- Apendiks
- Keracunan makanan
- GERD
- Ulser peptik
- Gastritis (keradangan lapisan perut)
- Penyakit seliak
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.