
Anonymous
5 tahun
Sakit perut di sebelah kanan rusuk
Selamat pagi doktor. Sy berusia 30 tahun dan baru mendirikan rumah tangga selama 2 bulan. Sy masih belum bekerja dan cuba menyesuaikan diri ditempat baru sy menetap bersama suami. Di bulan ramadan ini rutin harian sy adalah membantu suami berniaga di bazar ramadan. Tetapi sejak seminggu yg lepas sy mengalami rasa sakit dibahagian abdomen perut sebelah kanan. Perut sy seolah² mengeras dan rasa sakit yang menyucuk² di bahagian kanan perut terutama ketika sy bergerak dan menarik nafas.
Sy ada berjumpa doktor di klinik dan juga di hospital htaa. Doktor di klinik membuat ujian air kencing keatas sy dan memberitahu bahawa sy mengalami jangkitan kuman pd air kencing sy dan membekalkan sy ubat antibiotik, ubat tahan sakit, ubat demam (kerana sy demam ketika itu) dan air garam. Disebabkan rasa yang semakin sakit dan menyucuk sy terus ke hospital htaa untuk merujuk doktor² disana. Di hospital sy menjalani ujian scan perut, ujian air kencing dan ujian darah utk mengenalpasti punca kesakitan tetapi doktor cuma memberitahu bahawa ujian air kencing sy sudah tidak mempunyai kuman. Ujian² lain menunjukkan bahawa organ² lajn tidak mempunyai masalah. Apabila ditujukan soalan kenapa sy berasa sakit teramat di bahagian kanan perut doktor memberitahu berkemungkinan buah pinggang sy bengkak dan bergesel dengan tulang rusuk dan itu penyebab rasa sakit itu wujud. Ini terjadi efek dari jangkitan kuman pd air kencing. Sehingga kini sy masih merasai kesakitan yg sama dan ubat yg dibekalkan juga hampir kehabisan. Adakah perkara ini normal atau boleh membahayakan kesihatan dan adakah penyelesaian lain utk sy?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini antaranya ialah:
- Ulser duodenum (duodenal ulser)
- Gastroenteritis :Kebiasaannya ia berpunca daripada jangkitan pada usus
- Masalah pencernaan (dispepsia)
- Serangan Apendisitis : Apendisitis adalah radang atau jangkitan pada usus buntu (appendix)
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Terima kasih.