
Anonymous
6 tahun
Sakit perut di tengah dan kembung
Saya wanita berumur lingkungan 20 tahun yang mengalami masalah gastrik.Tetapi rasa perut saya kali ini agak lain . Saya tidak tahu sakit perut apa yang saya alami , kerana perut saya menjadi kembung dan besar . Saya cuba makan ubat gastrik namun selepas setengah jam , perut saya akan sakit semula . Sebelum ni saya pernah melakukan hubungan , tetapi sudah lama , tak lama selepas itu saya didatangi haid , selepas habis haid saya cuba membeli pregnancy test untuk mengesahkan adakah saya hamil atau tidak , dan ianya negatif . Saya juga seorang yang suka makan asam . Lebih lebih lagi di dalam kereta , akibat mabuk kereta . 3 hari lepas saya bercuti dengan keluarga saya tapi dalam jangka masa 3 hari itu , saya hanya dapat makan pada waktu malam dan alas perut saya hanya la asam . Saya buntu . Harap Dr dapat membantu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, sakit perut di bahagian tengah dan merasa kembung ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya ialah:
Gastritis
GERD (Acid Refluk)
Ulser Perut
Masalah berkaitan pankreas
Angina (Aliran darah ke jantung berkurangan)
Cholestitis (Keradangan di hempedu)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.