
Sulit
4 tahun
Sakit perut dibahagian kanan
Saya remaja 14thn, sejak kebelakangan ini saya selalu sakit di bahagian kanan perut… adakah saya mengalami gejala apendiks? Atau saya hanya mengalami sakit perut biasa? Saya sangat sukakan makanan pedas. Tapi sejak sakit perut saya kurang selera makan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit perut di bahagian kanan yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Penyakit radang pelvis
- Radang apendiks
- Ovulasi/kehamilan ektopik/endometriosis
- Penyakit radang usus
- Jangkitan saluran air kencing/buah pinggang
Bagi gejala radang appendiks, anda mungkin mengalami satu atau lebih gejala yang berikut seperti:
- Hilang selera makan
- Loya
- Muntah
- Cirit-birit
- Sembelit
- Ketidakupayaan untuk kentut
- Perut kembung
- Demam
- Kekejangan perut
- Sakit semasa membuang air kencing
Jika anda mengalami kesakitan yang semakin teruk di bahagian perut harus mendapatkan perhatian perubatan dengan segera. Untuk mengetahui punca sebenar masalah anda, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih