
jgading834
5 tahun
Sakit perut disebelah kiri
Salam doktor,Saya lelaki yang berumur 27 tahun ,soalan saya disini perut saya sebelah kiri bila ditekan dapat saya rasakan ianya lebih keras dan sakit senak
berbeza dgn perut disebelah kanan …sebelum ini saya ada menjalani pembedahan di paha kiri akibat kemalangan…boleh doktor terangkan tentang masalah yang saya hadapi

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut disebelah kiri boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Bagi lelaki - testis terbelit, radang saluran sperma
- Masalah usus seperti divertikulitis, sembelit
- Masalah saluran buah pinggang seperti batu karang atau radang buah pinggang
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.