
Sulit
4 tahun
Sakit perut kanal kanak perempuan
Hai doc,anak saya mengalami sakit perut yang kuat pada pukul 2.30 petang,11/3/2021. Simptom yang ditunjukkan semasa sakit perut itu adalah muntah(2 kali). Selera makan berkurang tetapi saya bagi anak makan juga takut jika apa yang dialami adalah gastrik. Anak saya kurang aktif dan hanya mahu berbaring & tidur sahaja kerana pergerakaan menyebabkan perutnya terasa sakit, sakit perutnya sentiasa ada tetapi menjadi sakit kuat atau kurang sakit. Apabila ditanya bahagian yang sakit anak memberitahu sakit disebelah kiri dan atas pusat.Boleh bantu saya dengan keadaan anak saya sekarang? Perlukah saya membawak anak saya ke hospital dengan segera?Anak saya perempuan dan prasekolah.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, gejala-gejala tersebut boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- gangguan saluran pencernaan
- gangguan organ dalaman
- jangkitan kuman
- tanda-tanda dehidrasi berat
Dapatkan penjagaan kesihatan terbaik untuk si manja anda. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu.
Namun sila segera ke klinik jika anak anda didapati
- mual muntah berterusan
- tidak mahu minum air
- lemah dan kurang aktif
- memiliki tanda-tanda demam
- mengalami cirit birit
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.