cheritachucks
6 tahun
Sakit Perut Kanan (Ulser Colitis)
Assalamualaikum dan Selamat Petang Dr.
Saya ingin bertanya tentang sakit yang di alami oleh saya. Saya berasa kurang selesa dibahagian perut kanan. Saya pernah diserang kolitis pada 3 tahun lepas tetapi telah mendapat rawatan.
Mengikut Dr. yang merawat saya, usus saya kemerah merahan. Adakah kemungkinan saya mendapat ulser kolitis.
Jika betul, apakah langkah yang perlu saya ambil untuk merawat sakit saya ini.
Saya juga ingin meminta saranan Dr. tentang amalan pemakan yg bagus untuk usus.
Sekian. Terima Kasih
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Menurut penyataan anda, anda mungkin mengalami relapse penyakit ‘ulcerative colitis’. Biasanya penyakit UC memerlukan rawatan untuk jangka masa yang panjang. Walaubagaimapun,sakit anda boleh juga berpunca dari masalah masalah lain. Oleh itu, disarankan untuk berjumpa doktor supaya beliau dapat membuat pemeriksaan dan ujian yang sesuai.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsultasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!





























