
Sulit
3 tahun
Sakit perut keliling pusat
Ank saya dh 4bulan sakit perut…masuk makan je sakit…sakit bwk ke belakang.nk duduk lama pon tk boleh…sekrg dia kerap sakit kepala…adakah tu angin…

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai kesihatan anak anda yang mengalami gejala sakit perut selama 4 bulan dan kerap mengalami gejala sakit kepala. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala sakit perut adalah terlalu umum dan kami memerlukan maklumat tambahan untuk menyimpulkan diagnosis yang tepat untuk anak anda. Secara umumnya, sakit perut pada bahagian pusat boleh menandakan masalah pada usus seperti intoleransi makanan, alahan makanan, jangkitan kuman pada usus dan sebagainya.
Manakala gejala sakit kepala boleh disebabkan oleh dihidrasi, kekurangan vitamin, kekurangan tidur, atau stres.
Memandangkan gejala anak anda telah berlarutan selama 4 bulan, sebaiknya anda merujuk anak anda kepada doktor untuk nasihat lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor