
Sulit
3 tahun
Sakit perut. Kerap kembung perut dan kadang ii perut jadi keras. Selalunya sakit perut lepas makan. Tapi kadang ii waktu biasa pun tiba ii sakit
Saya perempuan umur 16 tahun. Saya kerap sakit perut dan keluarga saya cakap tu kembung biasa ja. Dah jumpa doc n doc kata masalah penghadaman n minor usus sensitif. Dapat ubat tapi tk lega. Kadang ii sakit jugak bahagian kiri dekat dengan tulang rusuk kiri, bawah payudara. Runny nose ada juga tapi saya tak tahu la ada kaitan atau tak. Kerap rasa letih, lesu. Bloated tuu selalu. Rasa nk muntah pun bole kata selalu juga. Thank in advance

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami gejala sakit dan kembung perut serta hejala loya dan kerap berasa letih dan lesu. Kami akan cuba membantu anda.
Kelihatan seperti anda mengalami masalah penghadaman makanan. Namun, kami tidak dapat menyimpulkan diagnosis yang tepat untuk anda tanpa maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal.
Secara umumnya, gejala anda boleh disebabkan oleh :
- Gastritis
- Akut gastroenteritis
- Radang usus
- Intoleransi atau alahan makanan
Kami menyaranakan anda untuk merujuk kepada doktor sekali lagi untuk ujian tambahan memandangkan ubat yang diberikan oleh doktor anda tidak efektif. Anda boleh menggunakan khidmat konsultasi atas talian kami untuk mendapatkan nasihat lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.