
Sulit
4 tahun
Sakit perut ketika hendak keluar rumah
Kenapa saya sering kali merasa sakit perut dan cirit birit melampau setiap kali ingin keluar kemana-mana, Tak kira dekat atau jauh mahupun tempat yang selalu pergi, perkara ini bukan baru tapi dah melebihi 10 tahun. Sakit perut itu akan automatic datang bila ditahap akhir saya nak keluar rumah, dan takkan rasa sakit perut bila belum smpai masa untuk saya keluar, ianya mengganggu rutin saya apabila saya terpaksa berhenti dia mana-mana pam minyak untuk membuang air, mahupun dipasaraya atau dimana pun. Sakit perut yang tak dapat dikawal. Kemana pun saya pergi mesti toilet adalah tujuan pertama. Saya sentiasa mengalami sakit perut tu walaupun saya takda perasaan nervous untuk pergi ketempat yang ingin dituju.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi seperti:
- Diet pemakanan
- Meminum kopi berlebihan
- Stres
- Akibat haid
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti antibiotik
- Penyakit celiac
- Penyakit radang usus
- Sindrom iritasi usus
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.