
aedyjunaidi98
5 tahun
Sakit perut kiri bawah tulang ruauk
Saya junaidi bin arah berumur 37 thun.
Dalam 1 hari ni saya terasa ada sakit sebelah bawah tulang rusuk belah kiri.
Boleh tak saya tahu apa masalahnya tu dokter.?
Sebab bila meneran lepas kencing tu.
Mcm berdehem ehem ehem tu terasa sakit.
Kalau tekan guna tangan pun ada rasa sakit.
Boleh dokter jelaskan tak kenapa yaa…?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak tuan, terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan sakit perut sebelah kiri, antaranya:
- Kecederaan otot
- Kecederaan tulang rusuk
- Masalah di dalam perut atau usus
- Masalah pada buah pinggang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.