
Anonymous
5 tahun
Sakit perut lebih sebulan
hye doc, saya berumur 24tahun dan mengalami kepedihan dibahagian tengah perut sejak sebulan yang lalu. pada mulanya saya ingatkan ia cuma period pain seperti biasa tetapi ia masih sakit sehingga period yg seterusnya. the pain worsening even bila saya makan makanan yg tidak berapa pedas. saya telah mengambil gaviscon untuk mengurangkan kesakitan tetapi sakitnya tidak berkurangan dan semakin sakit setiap hari.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, antara yang boleh mennyebabkan gejala yang anda alami adalah:
- Dispepsia
- Gatroesophagal reflux disease (GERD)
- Ulcer perut
Tambahan pula, ubatan seperti Gaviscon boleh diberikan untuk mengatasi asid perut yang naik. Selain itu, ada beberapa hal yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangi masalah ini, antaranya:
- tinggikan posisi kepala saat tidur
- kurangkan minuman berkafein, minuman bergas
- kurangkan makanan pedas
- bahagikan makanan dalam kuantiti kecil dan banyak kali (>3 kali sehari)
- elakkan makan sebelum tidur (3 jam)
Namun, ubatan seperti Gaviscon hanya dapat menangani masalah yang zahir sahaja. Bagi mengatasi akar masalah, anda harus merujuk doktor agar dapat dilakukan pemeriksaan lanjut dan supaya dapat diberikan perawatan yang tepat. Untuk mengetahui lebih lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.