
Sulit
4 tahun
Sakit perut lepas makan ubat sembelit
Hello saya berusia 31 di sini saya ingin tanya mengapa perut saya sakit betul setelah makan ubat sembelit berjam2 rasa sakit itu bila di boleh buang air besar…di najis ada butir2 berwarna putih seperti beras…dan najis pada mulanya berjadual lama2 jadi cair mengapa boleh jadi begitu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Usus tersumbat (intestinal obstruction)
- Jangkitan usus (kuman, bakteria, virus, cacing)
- Divertikulitis
- Kesan sampingan ubat
- Kanser usus
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mengalami gejala di bawah:
- Najis berdarah
- Sakit perut yang berterusan
- Sembelit yang berpanjangan
- Saiz tahi yang kecil
- Penurunan berat badan
- Hilang selera makan
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.