nur.hidayahsajuri
6 tahun
Sakit perut memulas
Saya seorang wanita, saya berhadapan masalah sakit perut yg berlanjutan selama 5hari. Perut saya sakit di bahagian atas dan adakala nya saya sentiada tunduk utk mengurangkan sakit. Saya telah pegi ke klinik dan diberi ubat angin sakit perut dan cirit namun tiada perubahan, adakah saya terkena gastrik?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, sakit perut di bahagian tengah dan merasa kembung ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya ialah:
- Gastritis( gastrik)
- GERD (Acid Refluk)
- Ulser Perut
- Masalah berkaitan pankreas
- Angina (Aliran darah ke jantung berkurangan)
- Cholestitis (Keradangan di hempedu)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.






























