
ann221291
5 tahun
Sakit Perut Mencucuk-cucuk dan Pedih Ulu Hati
Selamat Sejahtera Doktor. Saya berusia 28 tahun. Sejak beberapa hari ni saya mengalami sakit perut mencucuk-cucuk kadang-kadang di bahagian bawah, kadang-kadang di bahagian kiri atau kanan, sakitnya macam kena cucuk jarum atau tiba-tiba pedih dan ulu hati terasa ngilu. Perut juga rasa tidak selesa. Sebelum ni saya buang air besar berdarah dan doktor bagitahu ada luka sikit di tempat bahagian keluar najis. Jadi doktor sarankan saya untuk tidak terlalu bergantung pada ubat dan buang air besar mestilah secara normal, selagi saya jaga makan, najis saya mudah keluar dan tidak keras. Tetapi sejak-sejak ni sakit perut saya agak berlarutan, satu hari mesti perut akan pedih. Adakah perlu saya ke klinik untuk scan perut saya? Apakah mungkin saya sakit perut sebab angin atau gastrik saya teruk? Semoga doktor dapat membantu saya. Terima Kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Terdapat banyak jenis sakit perut berdasarkan penyebabnya. Penyebab sakit perut dibahagikan kepada penyebab akut dan penyebab kronik. Penyebab sakit perut adalah :
- Sembelit
- Apendiks
- Keracunan makanan
- Gerd
Penyebab sakit perut kronik seperti :
- Ulser peptik
- Gastritis (keradangan lapisan perut)
- Penyakit seliak
Oleh kerana anda telah ke mendapatkan pemeriksaan sebelum ini dan keadaan anda tidak bertambah baik, jadi saya sarankan untuk anda ke hospital untuk pemeriksaan lanjut supaya rawatan sesuai dapat diberikan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.