
Nuralliyya
5 tahun
Sakit perut nak berak berdarah
Saya wanita berumur 19thn sakit perut dan berak berdarah dan ketika kentut mesti Akan ade keluar cirit sedikit macam darah juga so mcm mna ye?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala najis berdarah ini boleh disebabkan:
- Buasir
- Jangkitan kuman usus seperti salmonella, E.coli
- Penyakit radang usus
- Kesan ubat seperti aspirin/ibuprofen
- Luka pada punggung akibat selalu meneran ketika buang air
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.