Sulit
5 tahun
Sakit perut on off kerap lapar dan kembung
Selamat pagi doc. Saya wanita umur 21 tahun ini. Pada awal bulan 2 saya berasa seperti gastrik . Angin kerap sendawa dan sakit perut ketika lapar. Selepas 2 minggu sakit pedih beransur pulih tapi perut masih dalam keadaan tak selesa. Saya cek upt dan dapat positif. Persoalannya, kenapa perut saya rasa tidak selesa dan kerap sakit ketika lapar. Selepas makan juga aakan rasa kembung. Saya juga tidak dapat makan dalam kuantiti yg biasa saya makan. Selepas makan juga baru2 ini, bahagian perut sebelah kiri akan jadi kembung seperti be jolan. Kembung lebih besar dari sebelah kanan. Ada apa masalah dgn saya ya. Sehingga hari ni perut masih rasa tidak selesa. Keeap lapar dan kembung. Serta loya tetapi hanya sendawa sahaja
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kembung perut terjadi apabila saluran gastrointestinal (GI) diisi dengan udara atau gas. Kebanyakan orang menggambarkan kembung sebagai rasa penuh, ketat, atau bengkak di dalam perut. Perut anda mungkin juga terasa keras, dan menyakitkan. Kembung sering disertai oleh :
- kesakitan
- gas berlebihan (kembung perut)
- kerap sendawa atau belching
Masalah kembung boleh disebabkan:
- Masalah penghadaman seperti "lactose intolerance
- Pengambilan makanan tertentu seperti kekacang dan ubi-ubi
- Radang usus
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor secara peribadi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih






























