
Sulit
4 tahun
Sakit perut pada bahagian kiri hingga pinggang dan pada bahagian ari2
Saya mengalami period yg tidak teratur dan sering sakit perut tetapi bukan seperti senggugut…saya mendapati perut pada bahagian kiri tinggi sedikit berbanding perut di bahagian kanan memandangkan saya agak buncit kerana badan berisi…dulu semasa kanak2 saya pernah mengalami situasi perut begitu tetapi kerana saya tidak boleh buang air besar hampir 3 minggu…kalini hanya sakit perut dan saya ada mengajak ibu ke klinik tetapi ibu saya menganggap bahawa saya senggugut kerana saya baru habis period dua hari lepas…saya agak risau kerana takut melibatkan penyakit dalaman lebih2 lagi berkaitan dengan rahim

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit perut bahagian kiri. Untuk makluman anda, masalah ini dapat berpunca oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- sakit otot
- senggugut
- diverticulitis (radang pada kantung usus)
- usus tersumbat
- jangkitan kuman dan bakteria
- masalah batu karang
terdapat juga masalah sakit puan lain sepertii
- fibroid
- adenomyosis
Akan tetapi, jawapan ini hanyalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan lebih tepat, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih