
Sulit
4 tahun
Sakit perut pada bawah kiri
saya umur 16 dan baru baru ni saya kerap kencing dan sakit bawah perut sebelah kiri tapi time kencing tak sakit dia hanya sakit pada bahagian bwh perut kiri shj saya pernah bersetubuh dengan lelaki dan kerap melakukan onani adakah itu penyebabnya atau lain

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit pada bawah perut kiri yang anda alami. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Keradangan usus
- Keradangan pelvik
- Kandungan luar rahim
- Batu karang
- Jangkitan kuman pada usus
Untuk mengetahui penyebab sebenar gejala yang anda hadapi, maklumat dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Sekiranya sakit anda masih lagi berlarutan, sila ke klinik atau hospital bagi mengetahui kondisi sebenar dan mendapatkan rawatan lanjut.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih