
Sulit
5 tahun
Sakit perut pada pusat
Saya wanita dalam 20’ an begitu sebelumnya saya makan mangga dan selepas itu saya meminum air coca cola dan pada malamnya saya terus merasakan sakit perut yang amat selepas itu saya seperti ada rasa mual-mual seperti morningsickness selepas itu tiada sudah hanya satu hari selepas itu sakit pada bahagian dada saya tapi tidak lama selepas itu perut saya bila paginya tidak begitu sakit tetapi pada malamnya sakit sangat apakah itu tandanya doktor? Adakah saya mengandung atau tidak saya sudah buat pregnancy test tetapi jawapannya negative

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Usus tidak selesa (Irritable Bowel syndrome)
- Keracunan makanan
- Penyakit Radang usus (Inflammatory Bowel syndrome)
- Radang pankreas
Jika anda mengesyaki anda hamil, anda disarankan untuk menjalan ujian kehamilan. Kebiasaannya, ubat ini diambil seminggu hingga 2 minggu selepas lewat datang haid. Hal ini kerana, lewat haid merupakan tanda utama kehamilan. Tanda seperti mual, sakit perut boleh menjadi sindrom Premenstrual.
Sila rujuk pada link dibawah untuk mengetahui cara penggunaan UPT dengan tepat.
“Bagaimana menggunakan alat ujian kehamilan”
Untuk mengetahui punca masa lah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.