
Anonymous
5 tahun
Sakit perut pada waktu datang period
Sya wanita 20 an… sy sering mengalami period pain yg teruk. Adakalanya berlanjutan sehingga hari ke 10 period. Dan sy juga sering sakit pada bahagian di sebelah kiri dan kanan perut dan adakalanya terasa sakit untuk membuang air kecil. Kenapa ye Dr? Sya amat2 risau akan perkara ini . Skian , Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut ketika kedatangan haid anda boleh disebabkan:
- Endometriosis - tisu lapisan rahim yang terdapat diluar rahim
- Fibroid - degeneratif fibroid ketika kedatangan haid boleh menyebabkan kesakitan
- Penyakit radang pelvis - akibat jangkitan kuman
- Kehamilan luar rahim (ektopik)
- Sembelit
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.