
noradma
2 tahun
Sakit perut, pedih bahagian tengah perut
Hi doktor, saya berumur 29 tahun. Saya memang ada gastrik. Cuma 2-3 hari ni saya kerap sakit perut. Bila saya lapar, terasa pedih sgt seolah2 tak makan langsung. Bila sy dah makan, tak lama tu sy mesti sakit perut dan rasa pedih bahagian tengah perut. Sy juga mengalami cirit birit 2 hari ni, cuma tidak kerap, kurang daripada 3x sehari.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keracunan makanan
- Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
- GERD
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.