
aaisyahrisham
5 tahun
Sakit perut pedih,pedih bawah dada
Saya berumur 18 tahun… saya kerap sakit perut pedih,loya,rasa pedih bwah dada. Dan saya telah pergi ke MA Dan pgawai MA hnya members ubat gastrik/dyspepsia Dan lain2. Dan ubat tu habis. Dan saya pergi balik ke MA kerana masih sakit. Dan dia still bagi ubat yg sama. Dan ubat tu dah habis. Dan smpai skrang saya masih sakit lagi.pedih yang kadang2 mnyakitkan. Pedih di perut,bwah dada,rasa tekak masam Dan loya. Apa pandangan doctor

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut beserta ketidak-selesaan pada tekak boleh disebabkan:
- Asid refluks
- Penyakit Ulser perut
- Jangkitan paru-paru
- Radang pankreas
- Radang hempedu
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor pakar ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.