
quinn.meyy
5 tahun
Sakit perut , pinggang lenguh
Saya wanita berusia 22 tahun , hanya seorang suri rumah . hari ini adalah hari ke 6 saya sakit perut . pada awalnya saya ingatkan ia adalah gastrik , saya pun makan ubat gastrik : buscopan dan raditine 150mg ( saya mkn 2biji sekali ) biasa selepas saya mkn ubt gastrik , ia akan baik . tapi malangnya tidak! Jam 5.30 pagi hari sabtu , saya merasakan sakit perut yg teramat sakit sampai ke pinggang , saya membuat keputusan untuk ke klinik pesakit luar , kerana ia buka ada hari sabtu . dan dokter kata saya hnya sembelit , dia berikan saya ubat syrup dn pill utk lawas buang air besar . saya ikut arahan yg diberikan . mmg betul juga saya agak sukar membuang air besar . tapi saya masih lagi sakit perut dn lenguh pada pinggang walaupun sudah atau sebelum membuang air besar . saya juga merasa sakit di bahagian bawah pusat , jika ditekan ia sangatlah sakit dn saya rasa nk muntah . saya fikir mungkin kencing kotor , saya minum serbuk ural yg dibeli ibu saya dri farmasi . ia tetap tk baik juga . pinggang saya sentiasa lenguh , bawah pusat sakit , apabila saya duduk dn seluar menekan bhgian bawah pusat , ia juga akan terasa sakit . tolong bantu saya , ini sakit apa .

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut dan pinggang anda boleh disebabkan:
- Jangkitan saluran air kencing dan buah pinggang
- Radang apendiks
- Radang pankreas
- Ovari terbelit atau kista ovari pecah
- Pendarahan fibroid
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.