
Sulit
4 tahun
Sakit perut rasa tekan ii dan lelah
saya baru ii ni kerap sngt lelah. nk buat kje pon mudah rse letih. bkn tu je, bru ii ni saya rasa macam demam tpi tak batuk atau selesema pon, hanya rasa badan saya panas…dan bru ii ni perut saya sakit sngt…rasa mcm senggugut tpi saya dh period lme dh…klu senggugut saya thu mcm mne rse skitnye wlaupon sy dlu tapernah kne senggugut…rasa skit perutnye tu akn datang secara tiba ii…kdg masa sy baring atau mkn perut ttibe rse kne tekan…kepala saya pulak kerap rasa berat yg membuatkan saya mudah pening…jadi saya nak tanya apa sebenarnya yang terjadi kt diri saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, sakit perut boleh berpunca daripada pelbagai perkara, antaraya ialah:
- sakit otot
- senggugut
- diverticulitis (radang pada kantung usus)
- usus tersumbat
- jangkitan kuman dan bakteria
- masalah batu karang
terdapat juga masalah sakit puan lain sepertii
- fibroid
- adenomyosis
Berkenaan dengan masalah lain seperti demam dan pening kepala, kami memerlukan maklumat yang lebih jelas daripada anda untuk kami memahami dan mengenal pasti punca sebenar masalah yang anda hadapi.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih