
Anonymous
5 tahun
Sakit perut sebelah kanan dan sakit pinggang sebelah kanan
saya wanita,35 tahun dan dah mempunyai seorang anak . Beberapa hari ini saya rase tidak selesa dalam setiap pergerakkan saya kerana rasa sakit di bahagian perut sebelah kanan dan dalam masa yang sama pinggang sebelah kanan n sisi pun turut rase tidak selesa,kadang2 badan saya mengalami perubahan suhu ,ape yang perlu saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit perut kanan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keracunan makanan
- Penyakit radang pelvis
- Radang apendiks
- Ovulasi/kehamilan ektopik/endometriosis
- Penyakit radang usus
- Jangkitan saluran air kencing/buah pinggang
Sebaiknya anda segera mendapatkan konsultasi doktor sekiranya terdapat gejala-gejala tambahan seperti:
- mual, muntah
- demam
- sakit dinding perut sebaik disentuh
- lemah
- susah makan minum
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.