Sulit
3 tahun
Sakit perut sebelah kanan dibawah semasa mengandung
saya berumur 25 tahun dan sudah berkahwin . saya sedang mengandung 6 minggu . baru² ini saya mengalami pendarah yg ringan . doc dh scan dan mengatakan baby ok . dan dah nmpak hearybeat baby . sekarang saya mengalami sakit dibahagian bawah perut sebelah kanan seperti menyucuk² kadang² sakit dibahagian tengah perut . adakah itu normal atau tidak ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sukar untuk pihak kami membuat kesimpulan mengenai masalah yang anda hadapi kerana maklumat yang diberikan adalah terhad. Terdapat pelbagai sebab yang boleh menyebabkan sakit perut sama ada ianya berkaitan dengan kandungan atau tidak.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Terutama sekali sekiranya sakit tersebut berlarutan, semakin parah atau berlaku pendarahan dari alat sulit.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.