
apieyzaifiey2113
5 tahun
Sakit perut secara tiba tiba dan hilang tiba tiba
Selamat malam doktor , saya ada masalah sakit perut yg mana dia akan datang secara tiba tiba . Rasa ketika datang sakit perut tu mcm dicucuk tp sekejap je lpstu dia hilang … Dalam 30 minit lpstu dia dtg balik … Boleh sy thu adakah ia merbahaya atau tidak dan apakah nama penyakit tersebut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Sebetulnya keterangan yang anda berikan adalah masih kurang jelas. Hal ini kerana apabila mendiskusikan tentang sakit perut adalah perlu untuk dijelaskan lokasi sakit, riwayat buang air besar, sifat najis, diet dan sebagainya. Secara umum, sakit perut yang hilang timbul seperti ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah terkait pundi hempedu
- Masalah buah pinggang
- Masalah di usus seperti sembelit
Diagnosis dan rawatan penyakit ini memerlukan anda untuk berjumpa dengan doktor agar dapat dilakukan pemeriksaan lanjut. Memandangkan masalah perut dapat memburuk sehingga menganggu aktiviti seharian, maka adalah amat digalakkan untuk anda merujuk ke doktor berhubungan keluhan anda ini.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.