
Sulit
3 tahun
Sakit perut sekejap sekejap
Anak perempuan saya berumur 6 tahun, mengadu sakit perut mengejut, sakit tidak berpanjangan, hanya sekejap sekejap terutamanya ketika dalam posisi berbaring. Sudah berjumpa dengan doktor dan hasil pemeriksaan, anak saya gastrik dan kembung perut, sudah habiskan ubat yang di beri, namun tiada perubahan. Kami juga tidak menolak kemungkinan lactose intolerance, dan menghentikan secara terus penyusuan formula, namun anak saya masih lagi di serang kesakitan perut, anak saya memberi gambaran kesakitan yang di alaminya seperti di tumbuk di perut. Bantu kami doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, sakit perut boleh berpunca daripada banyak perkara kerana terdapat banyak organ-organ pada bahagian abdomen. Sakit perut boleh diklasifikasikan mengikut lokasi sakit. Kebanyakkan masalah sakit perut berpunca daripada masalah sistem penghadaman. Namun masalah pada sistem urinari, sistem buah pinggang dan sistem reproduktif juga boleh menyebabkan sakit perut.
Secara amnya, sakit perut secara mengejut atau akut boleh disebabkan oleh perkara-perkara berikut :
- Keracunan makanan (food poisoning)
- Alahan makanan seperti lactose intolerance atau gluten intolerance
- Akut gastroenteritis
- Akut appendicitis (ini adalah kecemasan dan perlu dirawat segera)
Memandangkan tidak ada perubahan selepas pengambilan ubat, kami amat menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor sekali lagi supaya siasatan lanjut dapat dijalankan untuk mengetahui punca sebenar gejala anak anda.
Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar kanak-kanak.