Sulit
3 tahun
Sakit perut selama 1 bulan dan sesak nafas disertakan sakit dada
Saya lelaki berumur 18 tahun mengalami sakit perut dan pedih ulu hati. Perut sentiasa rasa penuh dan cepat kenyang dan cepat lapar. Perut kembung keras
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, antara yang boleh mennyebabkan gejala yang anda alami adalah:
Dispepsia
Gatroesophagal reflux disease (GERD)
Ulcer perut
Tambahan pula, ubatan seperti Gaviscon boleh diberikan untuk mengatasi asid perut yang naik. Selain itu, ada beberapa hal yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangi masalah ini, antaranya:
- tinggikan posisi kepala saat tidur
- kurangkan minuman berkafein, minuman bergas
- kurangkan makanan pedas
- bahagikan makanan dalam kuantiti kecil dan banyak kali (>3 kali sehari)
- elakkan makan sebelum tidur (3 jam)
Namun, ubatan seperti Gaviscon hanya dapat menangani masalah yang zahir sahaja. Bagi mengatasi akar masalah, anda harus merujuk doktor agar dapat dilakukan pemeriksaan lanjut dan supaya dapat diberikan perawatan yang tepat. Untuk mengetahui lebih lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.






























