
Sulit
4 tahun
Sakit perut selepas bersalin czer
Hai doc, saya nak tanya…saya dah sebulan lebih bersalin secara czer, dlm masa 2 3 hari ni saya sakit bahagian dlm perut(atas tempat czer)…sakit rasa mcm kena toreh, sakit bisa…kenapa ya doc? normal kah sakit mcm tu. tq doc

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi & pemeriksaan tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai sejarah operasi pembedahan major, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital yang telah melaksanakan rawatan tempoh hari atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan yang berkesinambungan dan secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang pakar persalinan.
Lazimnya kondisi anda boleh dikaitkan dengan
- sakit pasca operasi (normal & akan hilang dengan waktu)
- tanda-tanda pemulihan (normal & akan hilang dengan waktu)
- komplikasi sekiranya disertai gejala jangkitan kuman dan lain-lain
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Obstetrician kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.