
Sulit
4 tahun
Sakit perut selepas pembedahan
saya sakit dalam perut , selepas seminggu menjalani operate apendik

4 tahun
Salam sejahtera & terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gastroenterologist kami sedia membantu.
Secara umumnya sakit perut pasca operasi apendik adalah sesuatu yang normal. Secepat mana kawasan yang sakit itu boleh sembuh dengan sendirinya adalah sangat bergantung pada kadar regenerasi sel individu dan kondisi kesihatannya secara keseluruhan. Namun anda tetap harus memerhatikan kondisi jahitan luka dan gejala lain yang boleh menandakan infeksi pasca operasi.
Oleh itu, saya menyarankan anda untuk bertemu doktor atau hospital yang merawat anda kembali agar mereka dapat mengenal pasti sejauh mana sakit perut tersebut boleh menggangu penyembuhan operasi anda.
Buat masa ini anda boleh cuba:
- tingkatkan pemakanan tinggi zat protein (i.e. telur, ayam, ikan, susu, dll.)
- kurangkan bersentuhan dengan kawasan operasi
- pastikan tangan dan barang-barang yang bersentuhan dengan kawasan operasi betul-betul bersih
- digalakkan mencuci kawasan operasi menggunakan air mineral (untuk menjamin kebersihan air)
- kurangkan pergerakan yang boleh mengganggu penyembuhan operasi
Mencari suplemen yang boleh membantu penyembuhan operasi ? Dapatkannya sekarang !
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.