
Sulit
5 tahun
Sakit perut selepas senam
Saya membuat senaman mengempis perut mula 2 Hari Lepas. Dan Saya mengalami sakit di bahagian bawah perut. Dan juga bahagian kaki. Apakah masalah ini serious atau biasa

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini normal untuk dialami selepas melakukan senaman berterusan. Selain itu, masalah ini juaga boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gastritis
- Usus tidak selesa (Irritable bowel syndrome)
- jangkitan salur kencing
- Batu karang di salur kencing
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan dengan segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit diatas dan sebelum sebarang kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.