
Sulit
3 tahun
Sakit perut selepas vaksin
anak saya berumur 23 tahun… terima vaksin Az pd 20 jun lalu, tetapi sakit perut

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, anak anda mengalami sakit perut dan pernah menerima vaksin AstraZeneca pada 20 Jun lalu.
Untuk pengetahuan anda, sakit perut merupakan salah satu daripada beberapa kesan sampingan yang boleh didapti pada mereka yang telah mengambil vaksin COVID-19. Umumnya kesan sampoingan ini adalah sementara dan tidak serius. Antara kesan sampingan lain termasuk
- Merah, bengkak/lebam, gatal atau sakit pada kawasan suntikan
- Keletihan
- Sakit kepala
- Sakit otot
- Loya
- Demam
- Sakit otot
Namun begitu, sakit perut juga lazimnya boleh disebabkan oleh gangguan lain seperti keracunan makanan, jangkitan kuman atau perkara lain yang lebih serius.
Anda disaranka untuk segera berjumpa doktor atau menghubungi talian kecemasan 999 sekiranya mengalami gejala kesan sampingan yang berat dan serius. Anda juga boleh menghubungi doktor secara langsung di atas talian untuk maklumat lanjut.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini