
Sulit
4 tahun
Sakit perut, sembelit, kembung perut
Hai doc, bulan lepas saya period 6-12 feb. 21/2 saya telah berhubungan dengan suami saya.sehingga hari ini, saya sakit perut kadang bhgn kiri, atas, bawah sampai berpeluh. Skrg juga sakit perut di bahagian bawah, perut saya mengeras, rasa seperti kembung perut dan sembelit. Adakah ini tanda hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Ulser perut atau duodenum
- Radang hempedu (cholecystitis)
- Radang apendiks (appendicitis)
- Radang pankreas (pancreatitis)
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted disesase)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan puncanya kerana pemeriksaan perlu dilakukan. Rawatan akan diberikan berdasarkan diagnosis yang diberi oleh doktor. Kami berharap anda tidak melengahkan masa untuk berjumpa doktor kerana ia mungkin berpunca daripada masalah yang lebih serius.
Berkenaan kehamilan pula, maklumat lanjut berkenaan kitaran haid anda perlu diketahui dengan lebih lanjut.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.