
wahida.kamis
5 tahun
Sakit perut seperti angin dan demam on off sepanjang period
Saya wanita 26 tahun. sudah berkahwin dan melahirkan anak. Selepas 7 bulan sy telah memakai alat perancang IUCD. Kini saya sedang period selepas sebulan memakai alat tersebut (period kali kedua). Period pertama sy selepas memakai alat iucd sgt lama sekitar 20 hari dan sy tidak merasa apa2 kesakitan. Tapi berbeza dengan period kali ini, pada awalnya sy berasa loya dan nak muntah namun kini sudah hampir seminggu perut saya rasa sakit seakan ada angin. Sakit yang sekejap dtg sekejap tak. Kadang2 bila sakit perut tiba2 sy terkentut , kadang cirit birit. Badan terasa lemah, sendi2 juga sakit. Demam on off. Boleh doctor terangkan adakah ini normal kerana sy memakai alat iucd???

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut yang anda alami boleh disebabkan:
- Jangkitan kuman pada IUCD
- Kehamilan ektopik
- Jangkitan dalam pelvis
- Radang apendiks
- Endometriosis
- Jangkitan usus
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.