aradonros_arise
5 tahun
Sakit Perut Seperti Angin
Dr, saya nak tanya… ayah saya dia sakit perut seperti angin tapi bukan gastrik… dia jadi lesu tak larat… dia tak mengalami demam, batuk dan sakit tekak… adakah masalah perut antara simpton bagi Covid 19
thank you dr
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Untuk makluman anda, berikut merupakan gejala bagi jangkitan coronavirus:
- Sakit tekak
- Batuk
- Selsema
- Demam
- Sesak nafas
- Sakit badan
Oleh kerana ini adalah virus, banyak lagi penemuan baru lain yang belum diketahui. Justeru, saya tidak dapat mengulas sama ada masalah perut merupakan salah satu simptom perut ataupun tidak.
Namun, seperti yang disenaraikan di atas, gejala jangkitan coronavirus sangat berkait rapat dengan penyakit lain. Oleh itu, untuk membantu pakar perubatan membuat keputusan risiko seseorang individu haruslah diketahui. Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah untuk mengurangkan kesesakan di hospital bagi melakukan ujian saringan COVID-19.
Buat masa sekarang, anda digalakkan untuk mengawasi gejala anda. Sekiranya ia semakin teruk atau berlarutan, sila berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang selanjutnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































