
Sulit
4 tahun
Sakit perut seperti mencucuk2
Saya nk tanya…period sy pd bulan 1 pd 21-27hb…sptunye feb period sy dtg pd 21/2…jd 2hri lwt pd hari ni…dan hrini msuk hari ketiga sy sakit perut seperti mencucuk tp dtg sakit tu sekejap2…sy tiada mslh senggugut tp sebelum period mmg akn sakit perut ingin membuang…kebiasaanya 2,3 hri sblum period…ni dh lbh dr wktu…dan sy belum period tp sakit perut mencucuk2 serta sakit perut sembelit…apakah masalah itu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit perut seperti mencucuk-cucuk. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya:
- Sembelit
- Apendiks
- Keracunan makanan
- Gerd
- Ulser peptik
- Gastritis (keradangan lapisan perut)
- Penyakit seliak
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.