
Sulit
4 tahun
Sakit Perut seperti perut Yang berasid
Saya perempuan berumur 18 tahun. Masalah buang air besar Yang tak normal (cirit) dah 1-2bulan lebih terjadi. Tapi saya tak berjumpa dengan doktor sebab saya sibuk. Jadi 1minggu Yang lepas, perut saya sakit seperti disimbah asid di dalam perut. Ia terjadi lebih kurang 5saat, Kemudian okay sekejap dalam 10 saat. Lepastu sakit balik Dan begitu lah ia berulang

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit perut. Untuk makluman anda, sakit perut boleh berpunca daripada:
- Penyakit refluks esofagus (GERD), dimana asid perut telah naik sehingga ke salur pemakanan (esofagus) anda.
- Ketumbuhan ulser pada perut yang boleh disebabkan oleh iritasi asid yang berlebihan, serta jangkitan kuman, khususnya Helicobacter Pylori .
- Masalah gastrik anda atau keradangan perut yang tidak terkawal.
- Jangkitan virus pada perut ( Viral gastroenteritis )
- Kanser perut, terutama sekali jika anda mengalami keletihan atau penurunan badan yang mendadak. Anda juga akan rasa seperti terdapat ketulan keras pada bahagian perut.
Berdasarkan keterangan anda, mengenai gejala cirit-birit yang anda hadapi, anda amat disarankan untuk berjumpa dengan doktor memandangkan ianya sudah berlangsung sehingga 2 bulan lebih. Rawatan yang tepat perlu anda dapatkan.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan. Oleh itu, kami menasihati untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih