
Sulit
3 tahun
Sakit perut serta badan panas
Saya ingin bertanya berkaitan adik perempuan saya berumur 9 tahun. Dia sebelum ini mengalamai demam, mempunyai tonsil dan sakit kepala selama lebih sminggu…sekarang adik saya mengalami sakit perut dan badan nya panas…serta bibir mulutnya merah…tidak lalu makan berserta muntah…sudah bermacam cara kami telah lakukan tapi mcam tiada hasil, sudah juga pergi ke klinik swasta tetapi sama juga tiada perubahan…keadaan adik saya sekarang agak lemah…adik saya telah melakukan ujian swab test dan hasilnya negatif…adakah adik saya mengalami penyakit yang serius?

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kurang pengambilan makanan berfiber seperti sayur dan buah menyebabkan sembeit
- Keracunan makanan
- Diverticulitis (radang pada kantung usus)
- Gastrik
- Asid refluks
- Ulser perut
- Usus tersumbat
- Jangkitan kuman dan bakteria
Dengan penerangan diatas, saya berharap anda mendapat maklumat yang diperlukan dan andai kata anda mempunyai soalan yang lebih lanjut, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.