
Anonymous
6 tahun
Sakit perut, sesak nafas dan loya2
Saya, perempuan berusia 16 tahun. Saya mengalami sakit perut sudah hampir 6 hari. Pada hari pertamanya, sudah lega apabila makan ubat gastrik. Akan tetapi sakit di bahagian bawah abdomen pula yang timbul. Lebih2 lagi apabila saya ingin melakukan proses penyahtinjaan. Dan kadang2 saya akan berasa sakit di bahagian atas abdomen. Selalunya sakit2 ini akan disertakan dengan loya, rasa pening2. Saya pergi ke tandas untuk muntah tetapi tidak keluar apa2 pun. Saya ingin tahu, adakah ini normal? Ataupun saya perlu pergi ke hospital?

6 tahun
Selamat Sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Saya akan cuba menjawab soalan yang diutarakan oleh anda. Untuk perkara tersebut, anda perlulah mengambil pemakanan yang seimbang dan pada waktu yang ditetapkan tanpa melengahkan makan anda. Dan proses penyahtinjaan akan akan menyebabkan masalah gastrik anda lebih teruk. Untuk pengesahan, saya syorkan anda untuk mendapatkan pendapat daripada doktor kami. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih