
Sulit
3 tahun
Sakit perut setiap hari dan period lambat
Saya remaja umur 15 tahun tetapi saya selalu datang bulan pada tarikh lain ii lepastu selalu sakit perut…rasa pening…tak de selera makan… rambut saya gugur lepastu sekeliling buah dada sakit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- gangguan tekanan, stress
- masalah berat badan sama ada berlebihan ataupun berkurangan (BMI>25 atau <18.5)
- Bersukan berlebihan
- kesan sampingan sesetengah ubat seperti pil perancang
- Sakit puan seperti PCOS, sista ovari, polip dan lain.
- Ketidakseimbangan hormon
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan