
Sulit
3 tahun
Sakit perut , sukar bernafas dan sukar telan air liur
Saya wanita berumur 18 tahun , saya sakit perut dan sukar untuk bernafas dan juga apabila saya ingin telan air liur saya macam ada sesuatu tersekat . Sakit perut ni sudah 5 hari saya dah call doktor tapi dia cakap makan panadol dulu boleh saya nak tahu saya sakit apa sebab saya tengah kuarantin di rumah dan result swab test rtk-ag negative .harap doktor jawab persoalan saya

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Kami memahami kerisauan anda yang menghadapi masalah sakit perut dan kesukaran bernafas dan kesukaran menelan selama 5 hari. Kami akan cuba membantu anda.
Gejala-gejala yang anda alami boleh berpunca daripada masalah pada sistem penghadaman makanan. Secara umumnya, masalah anda boleh disebabkan oleh :
- GERD (asid refluks)
- Gastritis
- Esophagitis
- Jangkitan kuman
Memandangkan anda juga mempunyai kesukaran bernafas, ada kemungkinan untuk mengalami jangkitan pada sistem respiratori. Selain itu, gejala-gejala anda juga boleh dikaitkan dengan masalah keresahan. Kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor mengenai perkara ini supaya anda dapat dibantu.
Kami memahami anda sedang menjalankan kuarantin di rumah. Oleh itu, anda boleh menggunakan khidmat konsultasi online kami untuk mendapatkan nasihat doktor.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.