
Sulit
4 tahun
Sakit perut tapi tak rasa nak buang air besar
Saya dah hampir seminggu mengalami sakit perut ni. Sakit dengan kerap tapi tak rasa nak membuang. Saya bahkan buang air besar setiap hari, selepas buang, masih rasa sakit. Rasa bisa je. Kena sapu balm baru lega sikit. Tapi kejap jela. Lepas panas tu dah takde, sakit balik.

4 tahun
alam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan sakit perut yang anda alami. Untuk mendapatkan kesimpulan atau diagnosis yang tepat, pemeriksaan perlu di buat. Antara penyakit yang boleh membuat sakit perut adalah:
- Penyakit refluks esofagus (GERD), dimana asid perut telah naik sehingga ke salur pemakanan (esofagus) anda.
- Ketumbuhan ulser pada perut yang boleh disebabkan oleh iritasi asid yang berlebihan, serta jangkitan kuman, khususnya Helicobacter Pylori .
- Masalah gastrik anda atau keradangan perut yang tidak terkawal.
- Jangkitan virus pada perut ( Viral gastroenteritis )
- Keradangan usus
- Keradangan appendiks
- Usus tersumbat
- Kanser perut, terutama sekali jika anda mengalami keletihan atau penurunan badan yang mendadak. Anda juga akan rasa seperti terdapat ketulan keras pada bahagian perut.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.