
Sulit
3 tahun
Sakit perut tegah pusat ke bawah
saya wanita berusia 30an baru2 ni saya ade sakit gastric peringkat pertama 3 hari lepas saya sakit perut dari pusat ke bawah dan saya belum dtg haid lgi hujung bulan ni, ade kah sbb gastric atau haid saya yg belum dtg bila saya mkn ubat gastric sakit berkurangan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda nyatakan, anda mengalami sakit perut di bahagian tengah. Jangan risau, kami akan cuba menjelaskan mengenai hal ini kepada anda.
Untuk makluman anda, gejala yang sedang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Jangkitan pada usus
- Keracunan makanan
Namun begitu, ia juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius seperti:
- Gastrik
- Ulser perut
- Divertikulum
- Inflammatory bowel disease
- Kanser usus
Justeru, anda dinasihatkan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor .
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar gastroenterologi