
Sulit
5 tahun
Sakit Perut Teramat Sangat
Ayah saya berumur 70 tahun. Mempunyai penyakit jantung,kencing manis dan darah tinggi. Perokok.
Bermula 6 Sept 2019 mengalami sakit perut dan muntah selama 3 hari. Pergi ke hospital doktor telah buat ujian darah, air kencing dan scan. Doktor berikan ubat cair najis. Ayah saya kurang selera makan. Tiada rasa untuk membuang air besar. Apabila sakit perut, ayah picit ubat di dubur untuk buang air besar. Setelah buang air besar, perut rasa lega. Terkini (12/9/2019), ayah boleh makan macam biasa. Siang ok sihat. Malam perut terasa sakit semula. Doktor pakar maklumkan najis banyak bertompok-tompok.
Persoalan saya apakah yang menyebabkan masalah ini berlaku? Adakah ada penyakit berkaitan usus ayah saya?
Terima kasih doktor.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut yang anda alami boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Asid refluks (gastrik)
- Usus tersumbat
- Keracunan makanan
- Alahan makanan
- Radang apendiks dan sebagainya
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.