
Anonymous
5 tahun
Sakit perut yang berpanjangan
Saya wanita yg berumur 20an…saya kerap kali sakit perut…3/4 kali seminggu saya akan sakit perut…perut terasa senak di bahagian tengah…saya juga sukar membuang air besar…saya selalu mual…selera makan saya juga terbantut…ulu hati saya juga pedih…saya juga sukar menelan makanan kerana sering muntah² dan badan terasa lemah sehingga saya sukar melakukan kerja seharian…saya prnh pergi hospital…namun dktr hnya mngatakan saya gastrik…tetapi saya dah mngalami sakit perut ni 3bulan lebih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gastroespohageal reflux disease (GERD) apabila asid perut naik ke esofagus
- Peptic ulcer disease adalah apabila terdapat luka perut
- Infectious gastroenteritis akibat jangkitan
- Chronic appendicitis
- Lactase deficiency yaitu kekurangan sejenis enzim perut
- Pelvic inflammatory disease
Sebaiknya anda mendapatkan konsultasi doktor agar dilakukan pemeriksaan yang sesuai dan seterusnya perawatan yang baik dan menyembuhkan. Sebetulnya kenyataan sukar membuang air besar adalah agak subjektif. Sebaiknya anda menghitung per hari frekuensi anda buang air besar agar dapat ditentukan apakah anda sedang mengalami sembelit ataupun tidak.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.